icon-search

JENIS-JENIS WAX YANG ANDA PERLU TAHU

Terdapat pelbagai jenis wax yang boleh kita boleh dapatkan dipasaran, sampaikan terkadang kita keliru nak pilih yang mana satu. Jom kita tengok sama-sama jenis-jenis dan ciri-ciri wax untuk ketahui jenis wax yang sesuai untuk anda.

Hard Wax

Hard wax merupakan sejenis wax yang perlu diratakan dikawasan kulit dan boleh dicabut terus setelah ia menjadi keras. Wax ini diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti lilin lebah dan resin. Ia juga perlu dipanaskan sebelum diratakan ke permukaan kulit. 

Salah satu kelebihan hard wax ialah tahap kesakitan yang lebih rendah berbanding hot wax kerana ianya hanya mencengkam bulu, dan tidak melekat pada kulit. Ia juga bagus untuk kulit sensitif kerana ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang terlampau kuat.

 

Hot Wax

Hot wax dan hard wax nampak macam sama, tapi berbeza ya! Hot wax merupakan sejenis wax yang perlu disapu terus pada kulit dan memerlukan kain atau strip untuk menanggalkannya. Ianya diperbuat daripada kombinasi bahan semulajadi dan sintetik. Wax jenis ini perlu dipanaskan sebelum guna.

Kelebihan wax ini pula ialah ia boleh digunakan di permukaan yang lebih luas seperti kaki. Namun begitu, hot wax boleh menjadi agak perit kerana ia tidak hanya melekat di bahagian bulu, tetapi di kawasan permukaan kulit juga.

Sugar Wax

Sugar wax merupakan sejenis wax yang diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu gula, lemon dan air. Sugar wax telah mula digunakan untuk menanggalkan bulu semenjak 1900 tahun sebelum masehi. Tekstur sugar wax ini sangatlah kental dan ianya boleh disapu dan dicabut terus tanpa menggunakan kain atau strip.

Kelebihan sugar wax pula ialah tahap kesakitannya lebih rendah berbanding wax panas lain kerana ia tidak terlalu melekit pada permukaan kulit. Ia juga bagus untuk kulit sensitif kerana ianya hanya diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi.

Cold Wax

Wax yang tak perlu dipanaskan ada tak? Mestilah ada! Anda boleh cuba cold wax jika anda tidak mempunyai masa untuk panaskan wax. Ianya lebih mudah dan selamat untuk digunakan kerana ia tidak panas. Wax ini hanya perlu diratakan pada kulit, dan boleh ditanggalkan dengan menggunakan kain atau strip.

Walaupun wax ini amatlah mudah untuk digunakan, namun ianya tidak dapat menanggalkan bulu yang terlampau halus, seperti bulu vellus.

 

Kesimpulannya,

Setiap jenis wax mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Anda boleh memilih mana-mana wax yang sesuai dengan kulit dan juga gaya hidup masing-masing. Jika anda seorang yang selalu sibuk bekerja, cold wax mungkin pilihan yang terbaik untuk anda kerana ianya mudah dan cepat untuk digunakan. Cubalah cold wax daripada Wawawax, pasti tak menyesal! Happy waxing!



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping